PEMBUKA BICARA
Assalamualaikum dan salam perpaduan...
Pertama-tama sekali diucapakn Selamat datang ke laman Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti Felda Bersia(PPIK).
Di harap dengan adanya laman ini dapat memperkenalkan lagi PPIK Felda Bersia ini sebagai perapat jurang digital di masa kini. PPIK ini adalah usaha untuk menyedarkan komuniti tentang betapa pentingnya ilmu komputer dalam kehidupan yang seiring dengan negara yang kian membangun ini.
Disamping itu laman ini juga mampu memperkenalkan Felda Bersia serta membantu memberikan informasi tentang aktivi yang dijalankan seta kawasan yang menarik di Felda Bersia.
Diharap pengunjung laman ini dapat memperolehi sedikit info dan dapat membantu menyampaikan juga info ini.
Tiada yang mustahil di dunia ini. Dimana ada usaha disitulah ada kejayaan. Tuntutlah ilmu selagi mampu, kerana ilmu berguna dalam kehidupan kita.
pandangan dan komen daripada anda semua sangat dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.
Shahrul Zhafiri Bin Mohamad Hassan
Penyelia PPIK Felda Bersia.
PORTAL FELDA BERSIA
PROFIL FELDA BERSIA
Nama kampung : Kampung Felda Bersia
Mukim : Mukim Gerik
Pihak Berkuasa Tempatan : Majlis Daerah Gerik
Keluasan Kampung : 4,070 ekar
Jumlah Penduduk : 3,139 orang
Jumlah Rumah : 491 buah
Nama Ketua Kampung : Hj. Sharudin bin Harun PPN. PJK.
Alamat Ketua Kampung : No13 Jalan Pegawai Felda Bersia,
33320 Gerik,
Perak darul Ridzuan
Nombor Telefon : 05-7914261 / 8240
HP : 019-5511784
Kampung Rangkaian : Felda Bersia Peringkat 1, 2, & 3
ASAL-USUL FELDA BERSIA
Kampung Felda Bersia ini berasal dari Tanah Rancangan Felda Bersia yang di bangunkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasidan di urus tadbir FELDA. Mulai tahun 2005 Felda telah di letak terus di bawah urusan dan jagaan YAB Timbalan Perdana Menteri.
Felda Bersia mula di buka ialah peda tahun 1960 dan mula di tempatkan Peneroka ialah pada tahun 1963 bagi peringkat SATU ,pada tahun 1965 peringkat DUA dan tahun 1968 peringkat TIGA yang berjumlah seramai 342 keluarga. Nama Felda Bersia ini di ambil dari nama kampung asalnya Bersia Lama sebuah kampung tradisional yang terdekat dengan Felda Bersia.
AHLI JAWATAN KUASA KAMPUNG
Penaung :Tuan Pegawai Daerah Hulu Perak.
Penasihat :Tuan Pen.Pegawai Daerah (P)
Penghulu Mukim Gerik
Pengerusi :Hj.Sharudin bin Harun PPN.PJK.
Setiausaha :Abdullah bin Talib
Bendahari :Hj.Abd.Rashid bin Hj.AlMusa
AMP.PPN.PJK.
Ahli Jawatan Kuasa :Hj.Abdullah bin Ahmad
:Azhar bin Hj Bahrain PJK.
:Saadiah bt Husain PPT
:Abd.Rashid bin Mohd Shafie
:Mohd.Hanipah bin Teh.
:Abd.Halim bin Hashim
:Siti Khotijah bt.Junoh
:Ahmad Rozilah bin Abd.Rahman
:Yusoff bin Abd.Rahman
:Hjh.Jamaliah bt.Zin
:Cikgu Azlin bin Shaharuddin
1 comment:
Assalamualaikum saudari..sy ashraf dari shah alam...kami bercadang utk melakukan program keluarga angkat di sana...boleh sy dapatkan info sedikit tentang keadaan di sana...boleh juga tambah kenalan
Post a Comment